Friday, July 31, 2009

Testimoni

Misai Kucing




Misai Kucing (Orthosiphon Stamineus) adalah sejenis herba renek yang banyak terdapat di negara-negara Asia Tenggara dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional.
Ia telah terkenal sejak turun temurun kerana khasiatnya dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan, terutama bagi merawat kencing manis dan menurunkan tekanan darah tinggi.
Daunnya dikeringkan dan dijadikan teh telah lama digunakan sebagai minuman sejak dulu lagi.

Ianya bersifat diuretik, dapat membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan dan melawaskan pembuangan air kecil tetapi tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubatan moden.Selain dari itu ia juga dapat merawat penyakit lain seperti gout, athritis, reumatik dan mencegah pembentukan batu karang. Ia juga digunakan untuk mengurangkan kelesterol dan tekanan darah. Kandungan saponin dan tanin pada daun itu juga boleh mengubati keputihan. Penyelidikan juga telah mendapati ianya besifat antiseptik.
Misai Kucing juga dikenali dengan nama Kumis Kucing, Remujung, Orthosiphon Stamineus Benth, Orthosiphon Aristatus, Orthosiphonblaetter, Indisher Nierentee, Feuilles de Barbiflore, Java Tea, Javatee, Kidney Tea, dan Yaa Nuat Maeo.
Herba Misai Kucing adalah dari keluarga Lamiaceae / Labiatae.





Testimoni

Secawan sehari menghindarkan kencing manis Oleh Christina Koh
Lima tahun yang lalu, Freddie Tan, seorang ahli perniagaan yang telah bersara dihinggapi kencing manis setelah menjalani pembedahan barah pangkal tenggorok (larynx).
Kemudiannya, seorang rakan berbangsa melayu memperkenalkan kepada Tan, 62, akan teh herba Misai Kucing yang dikatakannya baik untuk pengidap kencing manis, gout dan darah tinggi.
Tan bagaimanapun agak ragu-ragu.
"Bila saya didiagnosa mendapat barah, ramai yang menyarankan agar saya mengambil herba dan ubat tradisional cina."
Walaupun kurang yakin, dia mencuba teh itu, dan terkejut bila mendapati tahap glokosanya menurun hanya setelah beberapa hari meminumnya dan gaya pemakanannya pun bertukar.

Untuk lebih menyakinkan diri, dia pun mula menyelidik sendiri tentang unsur-unsur yang terdapat dalam tumbuhan itu, dan mengujinya.
Dan bila rakan-rakannya memberitahu mereka pun terasa lebih sihat setelah meminum teh itu beberapa minggu, dia pun yakin akan apa yang akan dilakukannya selepas itu.
Di samping meminum teh Misai Kucing setiap hari, dia juga membuat sup berempah yang dicampurkan herba itu.
Dia berkata, Misai Kucing tidak mengontangkan (dehydrate) air tubuh walaupun ia bersifat diuretik.
"Saya tidak mendakwa bahawa teh itu mengubati kencing manis, sekali-kali tidak. Apa yang saya mahu jelaskan di sini ialah bahawa, dari pengalaman saya sendiri, Misai Kucing dapat membersihkan tubuh kita dari toksin dan menstabilkan tahap gula diabetik dalam darah."….
dipetik dari The Star, 7 June 2003.